Monday 23 May 2016

Persoalan Adam Dicipta Dari Tanah.


Kuliah A

Persoalan Adam Dicipta Dari Tanah.
           
Kitab Wahmu l-Ilhad (Delusi Ateisme)

Ditulis oleh Daud Kaabi:

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam atas kamu dan rahmat Allah dan KeberkatanNya

Soalan 1- Persoalan Adam (as) dicipta dari tanah. Adakah tanah bahan benda (jisim) atau tidak demikian. Jika ia tanah bahan benda, adakah jasad Adam (as) ini dijadikan daripadanya. Banyak soalan-soalan seperti ini diterima beberapa hari dalam pembukaan saudara-saudara ansar di Paltalk yang memperkatakan mengenainya dan memandangkan percanggahan pendapat-pendapat yang seolah-olah mengatakan bahawa bahagian-bahagian tanah Adam (as) itu adalah bahan benda. Tetapi ternyata saya tidak tahu bagaimana ia berubah atau mengapa berubah yang ternyata saya tidak memahaminya dan kami tidak dapat apa-apa hasil dan tidak boleh memberikan pendapat

Soalan 2. Jika Adam tidak dijadikan dari tanah maka apakah asas untuk kita memahaminya. Semoga Allah memberikan kejayaan (dalam menerangkannya).

Soalan 3 Sebahagian daripada saudara ansar meletakkan perkara penciptaan Adam (as)..dengan mengatakan pertamanya Adam (as) telah diciptakan di Alam Al-Zhar kemudian dilahirkan di bumi adakah ini benar dan apa buktinya? .................. .))


Jawapannya:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Saya bermohon kepada Allah semoga memberi kamu kejayaan dan menghapuskan kesalahan kamu. Dan semoga Allah memberi balasan kepada orang yang berbuat kebaikan

Jawapan 1 dan 2: Tanah (Thin - طين) yang darinya Adam (as) dicipta ianya adalah [Tanah (Turab) dan air di bumi ini] ... Maka ianya mewakili segala apa yang ada di bumi .... tetapi Tanah (Thin) ini diangkat ke langit pertama ... darinya diciptakan bentuk rupa Adam (as) tubuh halus yang sesuai dengan martabat langit.

Dan kamu boleh rujuk dari Kitab Wahmu l-Ilhad(Delusi Ateisme)
Syed Ahmad Al-Hassan perenggan di bawah tajuk: "Permulaan Allah Menciptakan Manusia," halaman 143 - 144..

Jadi ianya adalah tanah dari bumi, tetapi ia dinaik taraf dengan diangkat supaya memungkinkan kepentingannya sebagai suatu perpindahan dari dunia kita ke alam yang selari dengan alam dunia kita dan yang martabatnya (tahapnys) lebih halus  

Untuk maklumat lanjut kamu boleh rujuk dari Kitab Wahmul-Ilhad (Delusi Ateisme) oleh Syed Ahmad Al-Hassan pada perenggan di bawah tajuk: "Makna Dinaikkan Tanah Ke Langit Pertama" halaman 149 -.150.

Jawapan 3:

Dari keterangan tersebut di atas bahawa imej Adam atau badan tubuh halusnya dicipta dari Tanah yang dinaik taraf (diangkat) di Langit Pertama.

Kemudian dia tinggal sehingga tamat kehendak Allah maka ditiup dalam tubuh Mitsali Adam (yang wujud di Langit Pertama) Roh Al-Iman maka jadilah nafs (diri) Adam (as) di Langit Pertama.

Kemudian dia ditiup ke dalamnya Roh Al-Qudus maka telah diperintahkan untuk sujud seperti yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim.

Dan kemudian dicipta nafs (diri) ibu kita Hawa (as).

Kemudian dikeluarkan nafs-nafs (diri-diri) dari keturunan Adam (as) dan Hawa (as) dan kemudian diuji kesemuanya di Alam Al-Zhar.

Kemudian didatangkan ujian kepada Adam (as) sebelum dibawa turun dan diturunkan untuk ujian di bumi hasil dari kejadian makan (buah) dari pohon yang juga disebut dalam Al-Quran ..

Kemudian diturunkan nafs Adam (as) dan kekal nafs ini berlegar di bumi.

Dan kekal keadaan nafs ini sehingga tiba masanya untuk dilahirkan tubuh (jasmani) bagi Adam (as) maka lahir tubuh duniawi Adam dan ia membawa nafs suci. Maka inilah permulaan perjalanan umat manusia keturunan Adam di bumi ini dan perjalanan pertanian dan penternakan haiwan ....

Untuk mengetahui lebih lanjut kisahnya kamu boleh rujuk dari Kitab Wahmu l-Ilhad (Delusi Ateisme) oleh Syed Ahmad Al-Hassan di bawah halaman 143 (hakikat dalam masalah penciptaan Adam) hinggs ke halaman 156.

Bagi pelajaran yang mudah, Insya-Allah, semoga Allah membantu orang-orang mukmin menghidupkan antara satu sama lain pada Paltalk (Ansar Imam Mahdi) atau melalui program-program televisyen atau cara lain yang sedia ada.

Kuliah B

1. Mitsaq dan 3ahd
2. Adam dan pohon terlarang
3. Benih manusia
4. Martabat kehidupan anak adam




No comments:

Post a Comment